Ustaz Wadi Annuar terkejut, ada wanita hulur tangan nak salam

Ustaz Wadi Annuar terkejut, ada wanita hulur tangan nak salam

 

Tular beberapa rakaman video memaparkan reaksi terkejut pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar apabila seorang wanita bertindak menghulurkan tangan dipercayai mahu bersalaman.

Kejadian tersebut berlaku selepas pendakwah berusia 40 tahun itu selesai mengadakan satu ceramah perdana di sebuah masjid dipercayai di Keningau, Sabah beberapa hari lalu.

@pendekarhati03

Terkejut ust wadi d buat org keningau 😂#fyp #ceramahustazwadianuar #ceramahustad #ceramahkematian #duniasementaraakhiratselamanya

♬ bunyi asal – pendekar hati – pendekar hati

Menerusi video tular, pendakwah berasal dari Sungai Petani, Kedah itu melambai-lambai sambil dikawal ketat oleh anggota keselamatan dan sekumpulan jemaah disebabkan keadaan sesak yang dipenuhi orang ramai di luar masjid.

@iqah255

#fypã‚· #murabbikesayanganummah #ustazwadiannuar

♬ bunyi asal – Noor Atiqah498 – Noor Atiqah498

Namun dalam kesesakan itu, tiba-tiba kelihatan tangan wanita berkenaan dihulurkan sekali gus menimbulkan rasa terkejut daripada Ustaz Wadi serta individu di sekelilingnya.

Sempat mengelak daripada bersentuhan, tindakan spontan pendakwah terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji kecomelan Ustaz Wadi sebaik berdepan situasi berkenaan.

@juabdulrahman

Replying to @paktamshariljohar Bukan sebab ada wudhuk tapi seorang ulama itu lebih ‘arif hukum bersentuhan lelaki dan wanita ajnabi. #ramaiyangsayang #ustwadiannuar #jagaikhtilat

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Terkejut ustaz

Respon tu comel sangat

Ramai betul peminat ustaz

Terkejut pun comel.. moga beliau diberkati

Wanita tu teruja sangat kot?

Kalau boleh, elakkan mengecam wanita itu. Doakan yang baik sahaja! Mana tahu disebabkan terlalu gembira melihat figura hebat di depan mata, tak sengaja ‘terhulur’ pula tangannya.