Ustazah popular bidas ‘trend’ guru wanita berbaju ketat

Ustazah popular bidas ‘trend’ guru wanita berbaju ketat

Guru yang bekerja dalam bidang pendidikan sering dipandang sebagai suri teladan terbaik di mata pelajar, seiring dengan peredaran zaman yang semakin pantas, aspek kepentingan menjaga penampilan diri kadangkala nampak keterlaluan diamalkan oleh segelintir warga pendidik khususnya, guru wanita.

Bimbang dengan keadaan itu, seorang pendakwah bebas terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun dalam kuliah bertajuk ‘Guru: Antara Kerjaya dan Keluarga‘ tampil memberi teguran umum.

Sempat meminta maaf terlebih dahulu, dia kemudian menasihati guru wanita tentang solekan tebal dan penggunaan tidak sopan mereka termasuk memakai sandal sehingga menampakkan anggota badan yang tidak sepatutnya.

Dengan pakai ketat…sendat…Tudung singkat nampak jelas bahagian dada. Berjalan nampak bentuk pinggul.

Bukan itu sahaja, menurutnya lagi, pemakaian sebegitu sebenarnya menjatuhkan guru wanita selain mengganggu pelajar lelaki yang sudah akil baligh.

Perkongsian dan tegurannya mendapat pelbagai respon daripada warganet termasuk golongan guru sendiri.

Kebanyakan warganet memberi respon mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ustazah Asma’ dan ada juga yang berpendapat bahawa guru-guru sepatutnya diberi pakaian seragam.

Sumber – Aliff Chanel