Utusan padam berita kaitkan kenyataan Mufti WP pertahan kehadiran pemimpin ke program maksiat
Bersumberkan laporan yang diterbitkan oleh portal Utusan Online 6 hari yang lepas bertajuk ‘TOKOH BOLEH HADIR KE ACARA MAKSIAT TETAPI LEBIH BAIK ELAK’, pihak portal Negara Merdeka (NM) telah menaikkan satu berita bertajuk ‘MUFTI WP PERTAHAN TINDAKAN MUHYIDDIN HADIRI PROGRAM TARIAN SEKSI DI JOHOR’
Walaubagaimanapun, seorang pengguna media sosial menggunakan nama Herjunot Ali telah menaikkan satu hantaran di laman FBnya menafikan laporan portal Utusan Online tersebut.
Dalam tulisannya, Herjunot Ali atau nama sebenarnya Wan Ji bin Wan Hussin turut mendakwa Utusan berniat jahat mengaitkan kenyataan tersebut dengan Mufti WP, Sahibus Samahah, Daruk Dr Lukman Abdullah.
UTUSAN MASIH JAHAT
Rupa-rupanya, Dr Loqman Abdullah tidak keluarkan sebarang kenyataan pun berkenaan pemimpin politik hadir majlis yang ada maksiat.
Asalnya, fatwa yang dikeluarkan di era Dr. Zul jadi Mufti. Dan konteksnya adalah majlis perkahwinan yang dikatakan boleh itu pun:
kadar dosa yang amat kecil seperti ada nyanyian.
kehadiran itu sedikit sebanyak dapat membenteras dosa tersebut.
Utusan yang amat jahat ini telah menukilkan fatwa itu sehingga menampilkan persepsi kononnya amalan Muhyiddin hadir majlis kempen PRN JOhor yang ada perempuan yang berpakaian menjolok mata menari atas pentas sebagai tidak salah.
Kesan dari tindakan Utusan itu, imej Dr. Loqman menjadi buruk. ia telah melahirkan persepsi buruk terhadap individu dan institusi Mufti Wilayah.
Nampaknya dah ramai orang serang utusan, makanya utusan pun dah delete laporan dalam lamanweb mereka, walhal kandungan laporan itu telah masuk dalam fikiran ramai rakyat malaysia.
Utusan tidak pula memohon maaf terhadap salah laporan tersebut.
utusan ini tempat berakar sentimen perkauman melayu. tetapi, mereka sendiri merosakan imej individu agamawan yang tidak bersalah.
Sumber – FB Herjunot Ali
Dalam semakan pihak NM, didapati laporan Utusan Online berkaitan isu tersebut juga telah dipadam oleh pentadbirnya.
Namun sehingga kini, pejabat Mufti WP masih belum memberikan sebarang respon berkaitan laporan portal Utusan Online tersebut.
Sehubungan itu, atas rasa tanggungjawab, pihak NM dengan ini memohon maaf di atas kekhilafan melaporkan berita tersebut seterusnya mengeluarkan semula laporan yang mengaitkan kenyataan Mufti WP bersumberkan daripada laporan Utusan Online itu di dalam portal NM.