Vape pelbagai perisa kini jadi minat budak sekolah, ramai cetus kebimbangan

Vape pelbagai perisa kini jadi minat budak sekolah, ramai cetus kebimbangan

 

Industri vape kini dikatakan semakin berani dan gigih mengeluarkan reka bentuk terbaharu yang sengaja ‘mengelirukan’ sebagai satu usaha untuk menarik minat golongan kanak-kanak.

Berwarna-warni, menyerupai bentuk alat permainan dan berperisa buah-buahan, vape yang berada di pasaran pada hari ini amat jelas disasarkan untuk kanak-kanak di peringkat sekolah dan perkara ini sudah tentunya meresahkan lagi golongan ibu bapa.

Seorang penulis, Wan Nur Syakira telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi memberi peringatan kepada para ibu bapa di luar sana mengenai isu yang sangat membimbangkan ini.

Vape

Ini bukan mainan, ini vape!

Geram pula rasanya pada industri vape, nak eksploitasi kanak-kanak pula ke?

Kata nak kurangkan penagih rokok, kenapa keluarkan design mengelirukan kanak-kanak macam ini?

Tak bertanggungjawab langsung.

Memanglah kanak-kanak ingat ni mainan, kita ibu bapa ni pun keliru.

Kami nak anak-anak kami bebas dari budaya merokok dan vape ini khususnya anak-anak lelaki.

Remaja perempuan pun dah terjebak dengan vape ni.

Kalau vape senang diakses, design macam ni, ada dijual di tempat rekreasi awam (saya pernah jumpa),  macam mana kanak-kanak tak terjebak?

Lagi-lagi, harga murah dan pakai buang saja.

Implikasinya teruk juga, macam rokok.

Vape, tambah lagi satu cabaran baru bagi mak ayah untuk elakkan anak terjebak.

Makin mencabar nak bentuk anak-anak lelaki yang qawwam, tak merokok, tak vape.

Makin mencabar nak bentuk anak perempuan yang bersopan, tak merokok, tak vape.

Nota kaki: Saya tak jumpa lagi design ni di Malaysia, ada nampak iklan dari Vietnam. Harapnya tiada di Malaysia.

——–

Di ruangan komen, beliau turut berkongsi hantaran berikut yang dibuat oleh seorang doktor, Muhamad Na’im Ab Razak yang mengulas mengenai kesan bahaya pengaruh vape terhadap kanak-kanak pada hari ini.

Semoga ibu bapa semua lebih cakna mengenai perkara ini dan diharapkan juga agar tindakan sewajarnya dapat diambil segera oleh pihak kerajaan.

Vape

Sejak kebelakangan ni, ramai budak-budak sekolah datang hospital sebab muntah-muntah, pening, jantung berdegup laju atau pengsan.

Bila saya tanya kawan-kawan yang bekerja di Jabatan Kecemasan hospital lain, mereka juga menerima kes yang sama.

Bila tanya pelajar tersebut, ”Apa yang jadi sebelum pengsan?”

Mereka cakap, ada kawan kenalkan perisa baru vape. Setelah digasak dengan persoalan, barulah mereka mengaku bahawa flavour yang dimaksudkan adalah ‘mushroom’ ataupun ‘ganja’.

Mushroom atau magic muschroom dan shroom adalah bahan halusinogen dari jenis psilocybin yang bertujuan untuk mendatangkan rasa seronok melampau.

Ganja yang digunakan dalam cecair vape pula tidak semestinya merujuk kepada marijuana. Walaupun ada cecair vape diletakkan dengan THC (yang merupakan bahan aktif dalam ganja), banyak juga produk tiruan yang menggunakan bahan kimia sintetik yang menghasilkan kesan seperti ganja.

Kesan penggunaan bahan ini dalam jangka masa panjang masih belum diketahui dan berkemungkinan besar berbahaya.