[VIDEO] Aksi ghairah penyanyi dangdut di karnival jualan cetus bantahan warganet
Tarian dangdut dengan aksi ghairah pada karnival jualan di Dataran Dato Sheikh Ahmad, di sini pada Sabtu lalu menerima kritikan orang ramai telah tular di Facebook.
Rakaman video yang dimuat naik di Facebook berdurasi dua minit 18 saat semalam.
Semakan Kosmo! pada akaun Facebook itu mendapati video berkenaan ditonton sebanyak 45,000 kali dengan hampir 202 perkongsian.
Seorang lagi pengguna Facebook Noormadiah Shamsudin mempersoalkan adakah budaya luar telah masuk Malaysia.
“Ada suami-suami yang bakal ditarik telinga, memalukan,” katanya ringkas.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mohammad Azmir Azizan berkata, artis jemputan tersebut membuat persembahan dan tarian yang bertentangan dengan syariat agama dan ketetapan garis panduan.
“Pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan buat kenyataan media dan telah memanggil penganjur untuk menyatakan bahawa perkara tersebut telah melanggar syarat-syarat penganjuran serta diberi amaran supaya perkara tersebut tidak diulangi.
“Pihak penganjur telah membuat surat permohonan maaf dan rayuan kepada Yang Dipertua MPK untuk meneruskan karnival jualan lelong tersebut,” jelasnya.
Difahamkan, penganjur juga merayu agar karnival jualan lelong sehingga 5 Februari itu diteruskan.