[Video] Awan hitam selubungi Istanbul selama 5 minit – “Cuaca cerah tiba-tiba jadi gelap!”

[Video] Awan hitam selubungi Istanbul selama 5 minit – “Cuaca cerah tiba-tiba jadi gelap!”

Penduduk di Istanbul, Turkiye diselubungi perasaan takut bercampur keliru apabila menyaksikan fenomena awan aneh di sekitar bandar itu.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, cuaca cerah tiba-tiba bertukar gelap seperti waktu malam.

Menurut laporan, kejadian berlaku ketika waktu siang pada 18 April selepas hujan lebat di sebelah petang. Kemunculan awan hitam gergasi itu telah membuatkan seluruh bandar itu menjadi gelap gelita selama lima minit.

@skynewsarabia

غيوم مفاجئة تحول نهار إسطنبول إلى ليل في ثوان وتحجب الشمس لمدة 5 دقائق عن المدينة #شاهد_سكاي

♬ original sound – SkyNewsArabia – SkyNewsArabia

Penduduk yang melihat fenomena terbabit menganggap kejadian itu sebagai tanda buruk selepas mengenang tragedi gempa bumi yang berlaku di negara itu beberapa bulan lalu.

Ada juga yang mengaitkan fenomena tersebut dengan peristiwa dukhan, iaitu asap yang akan keluar dari perut bumi sebagai tanda kiamat bakal bermula seperti yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, pakar menjelaskan bahawa awan hitam seperti ini selalunya terdiri daripada kristal besar dan titisan air yang menyebabkan sinaran matahari tidak dapat menembusinya sekali gus menghasilkan fenomena ganjil ini.

Difahamkan, pembentukan awan itu dipanggil awan mammatus yang jarang berlaku di negara itu. Awan ini muncul dengan rupa berbonjol-bonjol, atau seperti gelembung buih.

Turkiye sejak beberapa hari ini mengalami cuaca panas dan cerah pada waktu pagi dan hujan lebat di sebelah petang.

Jabatan Meteorologi memaklumkan bahawa cuaca hujan akan berterusan di beberapa tempat sepanjang minggu ini.