Video Bella ditemui pertama kali selepas teruk didera dikongsi di media sosial
Pengguna media sosial hari ini dikongsikan dengan sebuah video pertemuan antara seorang yang menggelarkan dirinya ‘mommy’ dengan mangsa kes dera Rumah Bonda, Bella.
Video yang tular itu dimuat naik sebuah portal hiburan, Pen Hitam di Facebook awal pagi tadi.
.
Video tersebut juga dipercayai menjadi titik tolak kepada terbongkarnya kes penderaan disyaki melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun terhadap kanak-kanak OKU dikenali dengan nama Bella itu
Selepas 7 jam, video yang begitu menyayat hati itu telah ditonton sebanyak 250 ribu dan mengumpul lebih 3 ribu perkongsian.
Siti Bainun ketika ini sedang berdepan pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak berusia 13 tahun itu.