[VIDEO] Berang dilabel isteri pemalas, wanita ‘smackdown’ nenek hingga tersungkur ke tanah

[VIDEO] Berang dilabel isteri pemalas, wanita ‘smackdown’ nenek hingga tersungkur ke tanah

 

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bertengkar sebelum menyerang seorang warga emas yang bertongkat sehingga tersungkur ke tanah.

Nenek tersungkur ke tanah

Difahamkan, insiden yang berlaku di negara seberang, Indonesia itu berpunca selepas mangsa meceritakan kepada jiran tetangga bahawa pelaku yang juga merupakan isteri kepada cucunya itu seorang yang pemalas. Bukan itu sahaja, warga emas itu mengeluh cucu menantunya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Sedang sibuk bercerita tiba-tiba si pelaku muncul dan terdengar semua perbualan mereka. Tidak puas hati dengan perkara tersebut, pelaku nekad menyerang warga emas itu sehingga tersungkur ke tanah. Mangsa yang tidak berdaya mengerang kesakitan akibat dicengkam dan dihempap ke tanah. Namun pertengkaran tersebut akhirnya berjaya dileraikan oleh jiran tetangga.

Menurut sumber, mangsa enggan melaporkan insiden itu  kepada pihak polis dan memilih untuk menyelesaikan secara baik memandangkan si pelaku mempunyai bayi yang masih menyusu.