Video dengan Bella dilabel ‘geng secondhand’, Puteri Sarah bidas balik – “Tweet nampak baik, dasar jantan munafik”
Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang dikatakan kerap menghantar mesej peribadi (DM) berbaur hinaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, Puteri Sarah memaklumkan individu berkenaan sekali lagi bertindak biadap dengan meninggalkan komen di Instagram melabelkan dirinya dan rakan artis, Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia terkilan dengan tindakan individu berkenaan yang dikatakan mempunyai perwatakkan baik dan sering berkongsi perkara postitif di akaun media sosialnya.
“Siapa orang munafik bodoh ini? Bukan main komen dekat Instagram aku. Sudah letak muka dia. Tiba-tiba profile semua hilang. Bila tweet, bukan main nampak baik tapi munafik.
“Sudahlah komen di Instagram kurang ajar. Dasar jantan munafik,” tulisnya.
Sementara itu, individu berkenaan turut dikatakan telah menyekat kesemua akaun media sosialnya selepas pendedahan daripada Puteri Sarah itu.
“Bukan main kau komen hina aku dengan Bella Astillah. Dekat sini, pengecut pula. Sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen Instagram itu tapi yang ini macam tak tahu nak berhenti.
“Kenapa block aku?,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Puteri Sarah turut menerima saranan daripada netizen untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Terdahulu, satu hantaran di Instagram Puteri Sarah mendapat perhatian ramai setelah dia memuat naik video trend ‘Alamak Raya’ bersama Bella Astillah dan Didi Astillah.