Video di luar mahkamah, Michael Ang rasa Puteri Sarah macam nak ‘provoke’ Sol saja

Video di luar mahkamah, Michael Ang rasa Puteri Sarah macam nak ‘provoke’ Sol saja

 

Kemelut rumah tangga pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana yang kini sedang dilanda badai adalah antara topik hangat sepanjang minggu ini.

Malah tanggal 7 Mac lalu disangka bakal menjadi pengakhiran serta permulaan baru buat aktres tersebut, namun nampaknya tak kesampaian apabila si suami, Syamsul Yusof enggan lafazkan talak.

Akui dah setahun tak bersua muka dengan suami

Ketika ditemubual di luar mahkamah, Puteri Sarah sempat meluahkan rasa kecewa kerana lelaki berkenaan memutuskan sedemikian sedangkan sudah lama tidak jalankan tanggungjawab sebagai suami.

Bukan itu sahaja, artis wanita tersebut turut mendakwa sudah pun setahun tidak bersua muka dengan pasangannya berkenaan.

You nak provoke ke apa? Cara you bagi interview tu pun

Sementara itu, pengarah terkenal Michael Ang melalui sesi live sempat berborak tentang pandangannya selepas menonton klip video temuramah berkenaan.

Berdasarkan pengamatannya, dia merasakan Puteri Sarah seakan-akan hanya mahu provoke pasangannya, lebih-lebih lagi di saat keluarkan kenyataan mengenai mentua.

@aseancelebrities

Michael Ang || Puteri Sarah Seperti Provoke Syamsul Untuk Tinggalkan Perempuan Macam Rohingya Itu 😀 #MichaelAng

♬ original sound – Selebriti Malaysia – Selebriti Malaysia

Aku rasa macam tulah bila tengok interview dia…And cara dia cakap, benda yang dikatakan

Dalam pada itu, Michael turut merasakan seakan-akan Puteri Sarah sebenarnya masih mahukan Syamsul jika melihat dari segi body language dan beberapa sisi lain.

Walau bagaimanapun, pengarah berkenaan tegaskan itu adalah pendapat dirinya saja.