[Video] Dua unit penthouse Bukit OUG Kondo terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

[Video] Dua unit penthouse Bukit OUG Kondo terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Dua unit kediaman di sebuah kondominium musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Bukit OUG Condo, Jalan 4/155, Bandar Bukit Jalil di sini hari ini.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Bomba Mohamad Hafidz Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.14 malam sebelum mengejarkan anggota ke lokasi kejadian.

“Sebanyak empat jentera dan sebuah lori tangki dengan kekuatan seramai 45 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dibantu BBP Jalan Hang Tuah, BBP Sri Petaling dan BBP Seputeh telah digerakkan ke lokasi bagi melakukan pemadaman.

“Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati kebakaran melibatkan dua unit kondominium di tingkat 12 bangunan tersebut.

“Rumah pertama dianggarkan mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus manakala rumah kedua pula terbakar 60 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Hafidz, anggota bertugas kemudiannya memulakan operasi pemadaman kebakaran dengan menggunakan teknik ‘attacking’ dan ‘offensive fire fighting’ sebelum api dapat dikawal.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.10 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.31 malam.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” ujar beliau.

Info Roadblock JPJ/Polis