Video Emma Maembong umum hamil anak kedua buat ramai turut sebak

Video Emma Maembong umum hamil anak kedua buat ramai turut sebak

 

Pelakon jelita Emma Maembong baru-baru ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan hamil anak kedua menerusi perkongsiannya di Instagram baru-baru ini. Bukan sahaja orang ramai, malah suaminya sendiri Shazli juga turut menerima kejutan dari isterinya yang tercinta itu.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh Emma Maembong itu, pelakon jelita ini membuat kejutan dengan prank si suami kononnya kena buat video reviu produk. Namun apabila Shazli membuka kotak rupanya ada alat ujian kehamilan!

Sudah tentunya reaksi suami Emma Maembong bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua sangat terkejut dan sebak dalam masa sama. Malah video tersebut turut disambung dengan pengumuman Emma Maembong hamil kepada keluarga dan rakan-rakan yang mana mereka turut sebak dan bergenang bila dapat tahu mengenainya.

Berikut adalah perkongsian rakaman pengumuman Emma Maembong hamil anak kedua yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya itu:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah. Malah ada juga yang mengakui turut sebak menyaksikan video pengumuman Emma Maembong hamil anak kedua ini.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian oleh pelakon jelita ini:

“Syukur Alhamdulillah, I’m so happy for dear sister..Sebak plak tengok video ni..Kak long doakan Timah dengan husband di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan.”

“Congrats Kak Emma..Masa AJL37 hari tu sebenarnya kita dalam 1 lift, saya tengok heels kak emma dipegang encik suami, sweet sangat. Tengah pregnant rupanya..Congrats”

“Nangis la..Ya Allah. Emma semoga dipermudahkan segalanya sayangku”

“MasyaAllah Alhamdulillah tahniah Emma”