[VIDEO] Gadis cantik kongsi pengalaman menakutkan diajak lakukan hubungan seks oleh pemandu Grab

[VIDEO] Gadis cantik kongsi pengalaman menakutkan diajak lakukan hubungan seks oleh pemandu Grab

Dari dulu sampai sekarang, masalah gangguan seksual masih berleluasa walaupun ramai tahu yang masa kini mudah saja untuk sesiapapun jadi ‘viral’ di media sosial. Apa saja onar yang anda lakukan, ada saja jari yang pantas menekan telefon pintar.

Namun, baru-baru ini seorang pemandu e-hailing yang dirakam kerana mengganggu seorang penumpang wanita mungkin lupa akan hakikat ini. Menceritakan kisahnya di Twitter, Isma Dalilah yang menjadi mangsa gangguan seksual apabila menggunakan perkhidmatan e-hailing itu berkata pemandu berkenaan tidak henti-henti bertanyakan soalan kurang sopan.

Menurut ciapan Isma, kejadian dipercayai berlaku pada 23 Februari 2022 kira-kira jam 2.30 petang di sekitar Melawati – Ampang – Wangsa Maju.

Tidak selesa dengan soalan seksual yang dilontarkan, Isma bertindak merakam audio perbualan mereka di dalam kereta untuk dijadikan bahan bukti. Dia juga sempat menangkap gambar pemandu e-hailing berkenaan dari tempat duduk belakang.

“Girls out there tolong hati hati bila naik grab, uncle ni awal awal tu dia tanya I “mana boyfriend”, then I cakap I takde boyfriend,”

“Lepas tu dia cakap “nak tanya satu soalan boleh” then dia tanya I pernah main ke,” nukil Isma di kapsyen gambar tersebut.

Dia berasa kaku dan berdebar setelah ditanyakan soalan tidak senonoh ini. Lebih mengejutkan, pemandu berkenaan tidak jemu bertanya, “tak nak ke?” walaupun ‘tawarannya’ ditolak berkali-kali.

“Dia siap cakap dia nak bayar lagi. Memang berdebar dan menangis la after keluar kereta,” tulis Isma lagi.

Tangkap layar dari rakaman audio di atas
Katanya, laporan polis sudah dibuat dan kes ini juga sudah dilanjutkan kepada pihak pengurusan Grab. Difahamkan, akaun pemandu ini sudah digantung dari platform tempahan e-hailing itu.

Seperti biasa, kisah ini mengundang pelbagai reaksi dari pengguna Twitter yang lain. Ada yang memberi nasihat wanita perlu dilengkapi teknik mempertahankan diri, dan ada juga yang mencadangkan setiap pemandu e-hailing patut dipantau menggunakan dashcam atau alat perakam.

Apa-apa pun, kes gangguan seksual sejak dari dulu lagi kerap berlaku dan tidak dinafikan, ramai lagi mangsa di luar sana yang memilih untuk tidak berkongsi pengalaman mereka atau membuat laporan atas sebab tersendiri. Ini perlu diubah, dengan harapan tindakan lebih keras boleh diambil keatas pesalah.

Sumber – Warpcar