[VIDEO] Gelagat bekas CEO TH raikan kejayaan laporan Ketua Audit Negara jadi tumpuan netizen

[VIDEO] Gelagat bekas CEO TH raikan kejayaan laporan Ketua Audit Negara jadi tumpuan netizen

Setelah sekian lama terpalit dengan fitnah ciptaan pembangkang terutamanya daripada gabungan Muafakat Nasional Pas dan UMNO kononnya ingin melelong Tabung Haji. akhirnya mereka yang dituduh telah mendapat pembelaan sewajarnya selepaa Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan kewangan TH siang tadi.

Ketika menteri agama kerajaan PH ketika itu, Dr Mujahid yang berganding bahu bersama-sama pengurusan TH dan menteri kewangan Lim Guan Eng mencari jalan menyelamatkan Tabung Haji yang berdepan isu besar ketika itu.

Turut menerima kesan teruk hasil mainan fitnah dua parti besar melayu ketika itu ialah CEO TH yang dilantik sewaktu PH memerintah, Nik Hasyudeen.

Pelbagai tohmahan dilemparkan ketika pasukannya bersama menteri agama dan menteri kewangan dalam menyusun pelan penyelamat dan penyusunan semula dana haji termasuk mewujudkan Urusharta Jemaah Sdn Bhd milik penuh Kementerian Kewangan.

Hari ini, Ketua Audit Negara telahpun mengeluarkan Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji berakhir 31 Disember 2019.

Dalam ringkasan laporan tersebut, Ketua Audit Negara memuji tindakan menteri agama kerajaan PH, menteri kewangan dan CEO TH, Nik Hasyudeen yang telah berjaya mengembalikan semula kedudukan kewangan TH ke landasan yang sebenar.

Laporan tersebut yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya berjaya memberikan kelegaan kepada mereka yang terbabit. Beban yang tergalas dibahu mereka selama ini akibat permainan fitnah tanpa henti dari pembangkang ketika itu sehingga menjadi antara penyebab kepada keruntuhan kerajaan PH.

Meninjau laman FB mantan CEO TH, Nik Hasyudeen, beliau meraikan kejayaan laporan Audit Negara tersebut dengan gaya sungguh epik. Jelas terpancar keriangan pada wajah ⁸ meskipun mengetuai pasukan TH dalam masa yang singkat dan penuh bermasalah.

Tahniah Dato’ Nik.

Sumber – FB