[VIDEO] Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera selepas pesawat ringan terhempas

[VIDEO] Jurulatih penerbangan maut, seorang lagi cedera selepas pesawat ringan terhempas

Kemaskini :

Nahas pesawat ringan: Dukacita dimaklumkan seorang jurulatih penerbangan maut ‼️

Seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, Ipoh malam tadi. Mangsa yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Kerisauan yang pernah disuarakan seorang lelaki sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan.

Lelaki tersebut berkongsi kerisauannya kepada pihak penguatkuasa bagi bertanyakan tindakan yang boleh diambil terhadap pemandu kapal terbang yang sering berlegar-legar di sekitar kawasan udara di Bandaeaya Ipoh.

AUD-20220617-WA0007

Sinar Harian sebentar tafi melaporkan dua mangsa tersepit dalam kejadian kapal terbang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.10 malam.

“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat sebuah kapal terbang bersiaz kecil telah terhempas.

“Terdapat dua mangsa dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya.