[Video] ‘Kalau dia ganggu rumah tangga orang supaya bercerai, itu haram’

[Video] ‘Kalau dia ganggu rumah tangga orang supaya bercerai, itu haram’

 

Di Instagram, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz telah menemu bual Ustaz Azhar Idrus berhubung topik penyondol.

Perampas kalau dia suruh cerai isteri pertama

 

Menerusi video yang dikongsikan, Furqan dilihat meminta pandangan daripada Ustaz Azhar berhubung topik yang sedang hangat diperkatakan di media sosial sejak belakangan ini. Ujar Ustaz Azhar, istilah penyondol itu mempunyai makna tersendiri.

Kita kena bahagikan dulu mana yang dikatakan menganggu rumah tangga orang dan mana yang dikatakan poligami yang dibenarkan Islam.

Dalam Islam ini, dia kahwinnya seorang. Jika kamu kahwin lebih dari seorang dibolehkan. Bukan disuruh. Cuma kena faham, kalau makna sondol itu ialah orang perempuan yang dia sengaja nak merosakkan rumah tangga orang lain baru hukummnya haram. Tapi kalau dia nak berkahwin dengan suami orang, hukumnya harus.

Ramai orang salah faham, dia kata kalau kahwin dengan suami orang dikira merampas. Salah. Perampas ni begini, dia kahwin dengan suami orang dan dia suruh cerai isteri tua. Itu perampas. Dia hidup dengan baik, dia akan jadi isteri yang kedua. Itu bukan perampas. Itulah yang dibenarkan dalam Islam. Hukum tu tengok-tengok dulu. Bukan dengan emosi.

Kalau memang dia ganggu rumah tangga orang supaya runtuh rumah tangga itu, supaya bercerai laki bini itu haram. Itu bukan pendapat saya, itu pandangan di sisi Islam.