[Video] “Katanya buat kerja kursus geografi” – Pelajar sekolah kantoi bermesra di tempat awam

[Video] “Katanya buat kerja kursus geografi” – Pelajar sekolah kantoi bermesra di tempat awam

 

Semalam, tular di media sosial Twitter mengenai sebuah hantaran video memaparkan sekumpulan remaja dipercayai melakukan aksi tidak senonoh di sebuah pondok kawasan orang awam.

Menerusi video berdurasi 25 saat itu, seorang remaja perempuan yang masih berpakaian baju seragam sekolah dilihat bertindak berpelukan dan berkucupan dengan seorang remaja lelaki yang sedang duduk di pondok sama.

Tindakan itu bukan sahaja membuatkan si perakam video terkejut malah turut mempersoalkan tindakan sekumpulan remaja yang masih bersekolah itu.

Anj*ng nya budak zaman sekarang.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan meraih 571.7K tontonan, 4.8K tanda suka, dan 2.0 ciap semula di laman Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan tindakan kumpulan remaja berkenaan yang tidak mempunyai rasa malu melakukan perkara tidak senonoh di khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, ada juga warga net yang menegur si perakam video kerana tidak menegur kelakuan mereka namun sebaliknya hanya duduk di dalam kereta dan merakam video untuk ditularkan.