[VIDEO] Kenyataan media Masjid Putra, Putrajaya menjawab isu video tular

[VIDEO] Kenyataan media Masjid Putra, Putrajaya menjawab isu video tular

KENYATAAN MEDIA

MASJID PUTRA, PUTRAJAYA
MENGENAI VIDEO TULAR JEMAAH SOLAT JUMAAT
PADA 10 SEPTEMBER 2021

Masjid Putra Putrajaya merujuk sebuah video yang tular mengenai layanan berbeza kepada Jemaah yang hadir solat Jumaat pada 10 September 2021 di Masjid Putra.

Ingin dijelaskan bahawa pengurusan kehadiran Jemaah di Masjid Putra sama ada solat fardhu lima waktu atau Solat Jumaat adalah mematuhi garis panduan dan ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bagi Solat Jumaat, kapasiti Jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.

Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk Jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan masjid memastikan jumlah kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan.

Tidak dapat dinafikan, saban minggu Masjid Putra menerima kehadiran para Jemaah melebihi kapasiti yang ditetapkan sejak jam 11.00 pagi untuk menunaikan Solat Jumaat. Apabila kapasiti Jemaah telah mencukupi, pihak pengurusan masjid akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan Jemaah yang hadir kemudian tidak dapat memasuki masjid. Pihak masjid memaklum dan menasihatkan para Jemaah secara baik mengenai perkara tersebut.

Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran masjid akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan. Justeru kami bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia kami gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang diberi. Sebarang cadangan dan maklumbalas bolehlah menghubungi terus pihak Masjid Putra.

Pihak Masjid Putra memohon kemaafan atas kekhilafan yang berlaku dalam hal ini.

Sekian, wassalam.

Masjid Putra, Putrajaya
11 September 2021