[VIDEO] Lagi jemaah umrah mengamuk di balai ketibaan KLIA2

[VIDEO] Lagi jemaah umrah mengamuk di balai ketibaan KLIA2

Jemaah umrah negara ini sekali lagi mencetuskan kekecohan di balai ketibaan KLIA2 selepas terpaksa menunggu lama dipercayai bagi tujuan pemasangan peranti pengesanan digital oleh KKM hari ini.

Malah dalam video tersebut, terdapat jemaah yang dilihat meninggikan suara mendesak agar mereka dibenarkan menjalani kuarantin kendiri dirumah masing-masing dan bukannya di hotel seperri yang diarahkan.

Menurut aumber pwngwndali umrah, individu yang dikuarantin di hotel terpaksa membayar sehingga RM250 seorang bagi bayaran sehari.Kosnya mungkin bertambah mengikut jumlah hari dan kondisi individu tersebut.

Baru-baru ini tular rakaman video serupa memaparkan jemaah umrah yang tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lebih lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular pada Rabu lalu.

Ia sekaligus menimbulkan pertanyaan netizen mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, kekurangan kaunter untuk proses pemakaian peranti pengesanan digital pada waktu itu menjadi punca kira-kira 500 jemaah umrah terpaksa menunggu lama di KLIA.

“Kebanyakkan kes import Omicron di Malaysia yang kita dah ‘sample’ (kaji) adalah dari mereka yang pulang dari umrah.

“Sekarang ini saya difahamkan Arab Saudi pun sudah keluarkan kenyataan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka akan jarakkan semula saf,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Agama, Senator Idris Ahmad dilihat terus mengunci mulut dan tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masalah tersebut.

Malah, kelibat beliau juga tidak kelihatan di balai ketibaan KLIA2 sepanjang jemaah umrah ini berdepan dengan masalah, berbanding Khairy yang dipuji berani berdepan dengan mereka meskipun dihujani kata nista oleh beberapa peserta umrah.