[Video] Lima mangsa maut nahas JRTB dekat RnR Gerik-Jeli

[Video] Lima mangsa maut nahas JRTB dekat RnR Gerik-Jeli

Lima individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur – Barat (JRTB) Gerik – Jeli berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Titiwangsa di sini pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti dan mayat dihantar ke Hospital Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, maklumat lanjut berkaitan nahas berkenaan sedang diperincikan termasuk identiti dan jumlah mangsa yang terlibat.

“Siasatan masih dijalankan dan mangsa yang terlibat sedang dikenal pasti,” katanya.