Video masakan dipuji Gordon Ramsay, Khairul Aming kongsi rasa teruja

Video masakan dipuji Gordon Ramsay, Khairul Aming kongsi rasa teruja

 

Pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming berkongsi rasa teruja selepas salah satu video masakannya mendapat pujian oleh Gordon Ramsay, seorang chef selebriti terkenal yang berasal dari United Kingdom.

Sebut sahaja nama Gordon Ramsay, pasti ramai yang tahu bagaimana sikap chef ini ‘bermulut celupar’ dan sentiasa mengkritik habis-habisan jika sesebuah hidangan tidak menepati kriteria yang dimahukan.

Gordon Ramsay Beri Reaksi!

Menerusi video di TikTok, Gordon Ramsay telah melakukan ‘duet’, memberikan reaksinya terhadap cara Khairul Aming menyediakan resepinya sendiri, iaitu Burnt Sugar Steamed Pudding.

@gordonramsayofficial

#duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

“Aku Harap Dia Tak Maki Laa..”

Tambah Khairul Aming, dia akui rasa terkejut apabila bangun dari tidur selepas ramai yang ‘mention’ dirinya mengenai video masakan berkenaan yang mendapat reaksi oleh Gordon Ramsay. Malah, sempat  berseloroh

“Tadi aku bangun tidur, lepastu semua dok tag aku yang Gordon Ramsay react video masak. Wei serius arh hahaha. Aku harap dia tak maki laa hahaha.” – Kata Khairul Aming sambil tertawa kecil

@khairulaming

#duet with @Gordon Ramsay #Duet haaaaa Gordon Ramsay noticed my video. Thank you! 🥹

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Dalam pada itu, Gordon Ramsay menerusi videonya juga menitipkan pujian terhadap cara Khairul Aming menyediakan resepinya, malah menyatakan bahawa dia bakal berada di Malaysia pada minggu hadapan. Hebat!.

Tidak mustahil jika Khairul Aming dapat berkolaborasi dengan Gordon Ramsay bukan?

Mana lah tahu Khairul Aming boleh bagi Sambal Nyet kepada Gordon Ramsay sekali!.