[Video] Minta ziarah pusara sempena hari ibu, lakonan Uwais anak sulung arwah Siti Sarah buat ramai sebak

[Video] Minta ziarah pusara sempena hari ibu, lakonan Uwais anak sulung arwah Siti Sarah buat ramai sebak

Semalam, ramai pengguna media sosial yang tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan Hari Ibu dengan membuat hantaran dan memberi ucapan istimewa kepada ibu mereka.

Tidak melepaskan peluang, pelawak dan penyampai radio, Shuib turut berkongsi hantaran video pendek sempena Hari Ibu di laman Instagramnya.

Menerusi video tersebut, anak sulung kepada Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al Qarni dilihat berlakon bersama datuknya iaitu bapa kepada Sarah.

 

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah apabila Uwais meminta datuknya untuk membawanya pergi ke kubur arwah untuk menyambut Hari Ibu.

Bukan itu sahaja, Uwais turut tidak dapat menahan sebak ketika berada di kubur awrah sebelum memeluk datuknya.

Menerusi ruangan kapsyen, Shuib berkata arwah isterinya tidak pernah sekalipun hilang dari ingatan mereka sekeluarga.

Siti Sarah akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampai lah dihujung nafas yg terakhir.

 

Nak pergi sorang ke pusara ibu

Akur dengan permintaan anak sulung kepada arwah Siti Sarah dan pelawak, Shuib Sepahtu, selebriti era 80an itu hanya mengangguk dan membiarkan kanak-kanak terbabit bersendirian.

Dapat dilihat Uwais yang benar-benar merindui sosok ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut tidak dapat menahan sebak dan terkesan dengan lakonan Uwais.

Bukan itu sahaja, ramai peminat yang turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah memandangkan anak sulungnya itu mempunyai wajah persis ibunya.