[Video] Murid sedih kuih raya tidak dimakan rakan sekelas, sikap prihatin guru raih pujian

[Video] Murid sedih kuih raya tidak dimakan rakan sekelas, sikap prihatin guru raih pujian

Reaksi sedih seorang murid apabila kuih raya yang dibawa ketika jamuan raya di sekolah tidak dimakan oleh rakan-rakannya menyentuh hati orang ramai.

Melalui sebuah video yang dikongsi di TikTok @farishfarhansidek yang dipercayai guru kepada murid itu memaparkan murid lelaki itu menangis sebelum didatangi oleh guru berkenaan.

Apabila ditanya mengapa dia menangis, murid tersebut memaklumkan dia sedih kerana rakan-rakan sekelasnya tidak makan biskut raya yang dibawa.

“Mana biskut raya awak? Tunjuk pada cikgu, lain kali kena buka bekas ini,” kata guru tersebut.

Tidak lama kemudian dilihat rakan-rakanya mula mengambil biskut di dalam bekas yang dibawa murid itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan guru tersebut yang peka terhadap anak muridnya.

“Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid, sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tidak dimakan,” kata Ramlie.

“Sedihnya tengok adik menangis. Nasib ada cikgu pandai memujuk dan murid lain pun bagi kerjasama,” kata Eydaa.

“Hebat cikgu pandai beli jiwa anak-anak murid. Jangan ada jarak antara mereka,” puji Zurin.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 4 juta tontonan.

@farisfarhansidek

bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama