[VIDEO] Netizen puji kepetahan Menteri MITI matikan hujah provokasi pengacara

[VIDEO] Netizen puji kepetahan Menteri MITI matikan hujah provokasi pengacara

.
Kangkung tidak ada di Indonesia?

Jika ada, tak kan lah Bapak ini menggunakan bahasa asing untuk meyakinkan dunia bahawa mereka mempunyai kepimpinan yang hebat untuk menjadikan Indonesia lebih sejahtera untuk 270 juta rakyatnya.

Dengan yakin dia menjelaskan bahawa tanpa ada nilai tambah, ekonomi tidak akan bertahan lama. Apabila ekspot satu komoditi ditahan, mereka mula masuk ke industri hiliran yang membesarkan ekonomi dengan berbilion dollar. Apabila dicabar oleh pengerusi majlis bahawa menahan ekspot itu tidak baik, dijawab dengan yakin dan fasih di dalam bahasa Inggeris bahawa negara maju menyimpan 3.5 juta vaksin Covid-19 melebihi dari keperluan mereka. Itu tidak salah?

Yang lebih berani ialah apabila Bapak dari Indonesia yang berbahasa asing di pentas antarabangsa ini menawarkan diri untuk mengajar negara maju bagaimana mahu terus membangun.

Saya tidak tahu samada Bapak ini akan dikenakan tindakan disiplin apabila pulang ke negaranya kerana menggunakan bahasa asing untuk meletakkan Indonesia di kedudukan yang sewajarnya. Harapnya, tidak ada kangkung di sana.

Sumber – FB Nik Hasyudeen