[VIDEO] Pasarayanya dipecah masuk, ini jawapan bos MYDIN

[VIDEO] Pasarayanya dipecah masuk, ini jawapan bos MYDIN

Mydin menghalalkan perbuatan mereka yang telah memecah masuk Mydin Mart Taman Sri Muda semalam dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang lambat tiba.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Ameer Ali Mydin dalam kenyataannya berkata, pihaknya dengan seikhlas hati menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan itu.

“Saya amat tersentuh dan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda ketika negara masih bergelut dengan wabak COVID-19.

“Cawangan Mydin Sri Muda turut musnah akibat banjir 18 Disember lalu dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut, tetapi dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya.

Beliau memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart yang hangat diperkatakan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik sedia pulih seperti biasa,” ujarnya lagi.

Semalam polis mengesahkan terdapat beberapa kejadian pecah kedai serbaneka berlaku di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 1 tengah hari hingga 2 petang.

Antara kedai serbaneka terbabit adalah Mydin Mart, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat dan kejadian ini dipercayai berlaku antara 1 tengah hari hingga 2 petang,”