[VIDEO] Pemuda ditangkap kerana mencuri, selamba terberak dalam kereta polis
![[VIDEO] Pemuda ditangkap kerana mencuri, selamba terberak dalam kereta polis [VIDEO] Pemuda ditangkap kerana mencuri, selamba terberak dalam kereta polis](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2023/10/1-19-e1696397712505.jpg)
Seorang lelaki membuang air besar dalam seluarnya ketika menaiki sebuah kereta polis di Kotamobagu, Jakarta.
Suspek utama kes kecurian
Menerusi laporan Detik News, lelaki itu dikehendaki polis kerana dia disyaki mencuri di kawasan perumahan di Kotamobagu.
Menurut Ketua Polis Kotamobagu AKBP Dasveri, tindakan lelaki itu membuang air besar dalam seluar dirakam melalui telefon bimbit salah seorang anggota polis sebelum ia dimuat naik ke laman Facebook.
Dalam video yang tular itu, lelaki tersebut berada di dalam kereta bersama empat orang lagi anggota polis. Dalam pada masa yang sama, polis yang berada di sebelah lelaki tersebut terhidu bau yang datang dari seluar lelaki.
Sementara itu, polis yang duduk di hadapan kemudian memberitahu anggota polis yang yang lain bahawa bau busuk datang daripada lelaki itu dimana dia sedang membuang air besar di dalam seluar.
Lelaki tersebut telah pun mengaku dia membuang air besar di dalam seluar lalu kereta polis itu berhenti dengan serta merta.