[VIDEO] Pemuda ini kongsi tempat paling sesuai tampal RFID
Rakyat Malaysia kebelakangan ini diserabutkan dengan isu kegagalan penggunaan sistem RFID di plaza tol kendalian PLUS.
Perlaksanaan sistem tersebut yang bermula pada 15 Januari baru-baru ini dilaporkan bakal menggantikan sistem pembayaran tol menggunakan Smart Tag dan Touch N Go beransur-ansur menjelang hujung tahun nanti.
Meskipun berdepan pelbagai isu, termasuklah harga pelekat RFID yang begitu mahal mencecah RM35 sekeping nilainya boleh didapati semurah kurang RM1 sekeping seperti dibangkitkan mantan PM ke-6, Najib Razak baru- baru ini.
Malah, tambah menyakitkan hati ramai pengguna jalan raya apabila terpaksa mengundurkan kenderaan ketika melalui lorong laluan tol RFID disebabkan kegagalan sistem membaca signal yang dikeluarkan pelekat stiker tersebut.
Meskipun pengguna lebuh raya yang berdepan masalah tersebut dinasihat mendapatkan khidmat pemasangan yang bertauliah, isu kegagalan melepasi palang tol semakin bertambah dan dikongsikan di laman-laman media sosial.
Namun akhirnya masalah tersebut akan boleh di atasi. Menerusi satu video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @azrizakaria901, dia telah mengajarkan cara menampal stiker RFID di tempat yang tidak pernah terfikirkan oleh wargamaya, iaitu di belakang papan nombor plet.
.
Menurutnya, hasil percubaan tersebut, dia berjaya melalui lorong RFID di empat laluan tol yang berbeza tanpa mengalami sebarang masalah.
Sumber – TikTok