[VIDEO] Pengantin dapat hadiah tak senonoh, ramai yang tak setuju

[VIDEO] Pengantin dapat hadiah tak senonoh, ramai yang tak setuju

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga sudah pasti akan membuat perancangan yang teliti bagi memastikan hari terindah dalam kehidupan berlangsung dengan lancarnya.

Bukan sahaja persiapan tempat dan barangan perkahwinan, malah pemilihan tarikh turut dititik beratkan agar segala jemputan terutamannya dari sahabat handai dan sanak saudara dapat menghadiri pada majlis tersebut.

Rakan bagi macam-macam hadiah semasa di atas pelamin

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengantin lelaki ini menerima pelbagai jenis hadiah yang diberikan oleh rakannya semasa dia berada di atas pelamin bersama pasangannya.

Menerusi perkongsian video di akaun TwitterĀ @isusemasaviral, kelihatan rakan-rakan pengantin lelaki tersebut bergilir-gilir memberikan hadiah perkahwinan buat sahabat mereka.

Apa yang meraih perhatian ramai apabila hadiah tersebut kebanyakkannya merupakan barangan keperluan rumah seperti mop lantai, penyapu, timba dan sebagainya.

Ramai tak setuju, kawan bagi m*gic tissue buat pengantin di khalayak ramai

Namun, netizen dilihat sedikit kurang senang dan tidak bersetuju apabila ada salah seorang daripada rakan pengantin lelaki tersebut turut memberikan ā€˜magic tissueā€™ atapun tisu magik yang kebiasaannya digunakan dalam hubungan seksual.

Lebih memalukan, pemberian barangan tersebut juga dilakukan semasa pengantin terbabit berada di atas pelamin di mana boleh dilhat oleh tetamu lain yang hadir.

Antara idea barangan yang boleh diberikan buatĀ pengantinĀ baru

Sebagai rakan atau saudara mara pula, hadiah yang sepatutnya diberikan kepada pengantin baru pastinya sesuatu yang berguna dan akan digunakan di rumah.

Berikut kami cadangan beberapa barangan yang boleh dijadikan sebagai idea pemberian hadiah.

  1. Bekas penuang beras (Rice dispenser)
  2. Rak pinggan
  3. Penggoreng udara (Air fryer)
  4. Alat memotong
  5. Rak tandas
  6. Pengisar
  7. Mop lantai
  8. Seterika pakaian
  9. Vakum
  10. Pengisar makanan