[Video] Polis cari lelaki pukul wanita dengan topi keledar
![[Video] Polis cari lelaki pukul wanita dengan topi keledar [Video] Polis cari lelaki pukul wanita dengan topi keledar](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-28-at-11.12.53-PM-e1674918814216.jpeg)
Semalam, tular di media sosial terutamanya di Twitter tentang sebuah video yang memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita dengan menggunakan topi keledar di tepi jalan.
‼️ IPD gua musang tengah cari lelaki ni siapa ada info boleh call pihak berkuasa.
Dekat public pun boleh naik tangan ya 😩
credit malaysiagazette pic.twitter.com/7aarnReaEn
— Yuni ✨ (@hasutbeli) January 27, 2023
Dalam video yang berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat seorang lelaki yang memakai jaket merah telah memukul wanita yang bertudung ungu dengan topi keledar.
Ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang berada di atas motosikal di tepi jalan.
Dalam video itu juga, dapat kita dengar lelaki dan wanita berkenaan menggunakan loghat Pantai Timur. Lelaki tersebut juga telah meninggikan suara kepada wanita itu.
Menurut pihak polis daerah itu, setakat semalam masih belum ada laporan yang dibuat mengenai kejadian itu.

Jadi, kini pihak polis telah mengeluarkan arahan untuk mengesan mangsa dan suspek kepada ketua polis di setiap balai berdekatan.