[Video] Puteri Sarah dedah dah setahun kena block, anggap Syamsul Yusof lelaki pengecut

[Video] Puteri Sarah dedah dah setahun kena block, anggap Syamsul Yusof lelaki pengecut

Pelakon Puteri Sarah Liyana tampil memberi respons selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pengakuan bahawa telah selamat menikahi Ira Kazar di Thailand hari ini.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, terdapat beberapa perkara kurang tepat diperkatakan oleh suaminya sekali gus dia perlu menjelaskan fakta sebenar.

Menurut Sarah, dia sudah memberi peluang sepanjang empat tahun untuk berbincang mengenai berkahwin dua tetapi suaminya pula seolah-olah bertindak seperti ‘mangsa keadaan’.

 

 

“Pelik, selepas empat tahun perkara ni berlaku.. I bagi peluang untuk you bercakap tapi you tak bercakap apa pun. Banyak kali i tanya nak kahwin dengan dia ke tak? Tapi you kata tak nak.
“Bukan dengan I je, dengan ahli keluarga.. sepupu semua. Tapi you kata takkan berkahwin dengan dia. Sebab apa I suruh kahwin? Sebab I tak nak bersubahat, maksiat You buat tu lah,” katanya.

Sarah berkata, suaminya juga telah menyekat nombornya di aplikasi WhatsApp sejak setahun lalu membuatkan dirinya mempersoalkan bagaimana untuk dia pulang berbincang soal kemelut rumah tangga.

Selain itu, pelakon berusia 37 tahun itu turut menjelaskan dia terpaksa tinggal serumah bersama ibu bapa serta mentua oleh kerana mempunyai dua cahaya mata yang masih kecil.

 

 

“Sebab I perlu orang menjaga dan membesarkan anak-anak bersama dengan I. You takde, You tinggalkan kami. I terkontang kanting, terpaksa menjawab soalan anak-anak. Mana ayah diaorang?
“Lepas ni, kita selesaikan semua ni kat dalam mahkamah. I tak nak tanggung beban seorang diri menjawab soalan anak-anak,” ujarnya.

Sementara itu, Sarah menyifatkan suaminya yang juga seorang pengarah filem itu sebagai pengecut kerana hanya muncul menjelaskan segalanya selepas bernikah dengan Ira.

“Tindakan You sekarang adalah I rasa sebagai lelaki pengecut. You dah kahwin apa semua, baru keluar di media sosial dan salahkan I.
“Kalau tak nak jumpa I takpe, you patut bincang dengan ibu bapa kedua-dua pihak. Padahal banyak kali you menafikan tak nak perempuan tu. Jadi sekarang ni hal dah jadi terbalik, berhenti salahkan I,” katanya.

Tambah pelakon drama Suri Hati itu, dia berharap Syamsul tidak menuduh kononnya membuka aib selain berharap pengarah berkenaan berhenti ‘berpura-pura’ menggunakan nama Allah.

 

 

“Jadi saya harap orang ramai mendoakan.. You patut menjalankan tanggungjawab bersama dengan I, jaga anak-anak tapi You takde.
“Jangan kata I buka aib.. You tahu tak apa perasaan I masa dalam pantang? Tengok video You dengan perempuan tu, dia provok I.
“Jadi I dah bincang dengan peguam, kalau betul You buat perkara yang betul, You mesti akan bernikah di Malaysia, bukan di Thailand.
“Sebab itu hanyalah tindakan lelaki pengecut dan berhentilah guna nama Allah sebab itu lagi menampakkan You munafik,” luahnya.