[Video] Sanggup beratur sejam setengah hanya untuk ‘kencing & berak’

[Video] Sanggup beratur sejam setengah hanya untuk ‘kencing & berak’

 

Bukan jalan raya sahaja yang sesak musim raya, tandas pun ‘sesak’ sama sehinggakan ramai terpaksa beratur lama demi melepaskan hajat masing-masing.

Pengguna TikTok @MadammeMira memuat naik video orang ramai beratur panjang menunggu giliran untuk menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Karak malam tadi.

“Memang mencabar kesabaran teramat ya,” tulisnya di kapsyen.

Melihat video situasi beratur panjang itu, orang ramai boleh dikatakan ‘geleng kepala’ dan ada juga yang sempat berseloroh berhubung perkara itu.

Meninjau ruangan komen, ada yang memberitahu bekalan air habis ketika beratur, malah terpaksa menahan buang air kecil sehingga sampai destinasi.

“Wehh tapi air tak ada masa aku tengah beratur. Tahan kencing sampai Kuala Lumpur,” kata @jajang.

“Kalau aku macam ni terpaksa lah cari semak. Darurat dah ni,” komen @Muhammad Faiz Ahmad.

“Saya di belakang akak semalam. Tak tahan tunggu suami bawa pergi kilang belakang. Nasiblah guard bagi tumpang kencing. Rasa nk pecah dah pundi,” luah @zxtty.

@madam.miera

Mmg mencabar kesabaran teramat yerrr😫 13 april #KongsiBersama #raya2024

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam