[Video] ‘Sayunya hati, anak-anak di Gaza rai hari lahir saya’ – Siti Nurhaliza

[Video] ‘Sayunya hati, anak-anak di Gaza rai hari lahir saya’ – Siti Nurhaliza

Di Instagram, TokTi memuat naik sebuah video di mana anak-anak di Gaza turut menyambut hari ulang tahun kelahirannya.

Tadika Afwa Al Aafiyah

Menerusi video pendek yang dikongsikan, anak-anak kecil di tadika Afwa Al Aafiyah kelihatan sangat gembira tatkala menyambut ulang tahun kelahiran TokTi. Mereka turut menyanyikan lagu sambil bertepuk tangan sebelum upacara memotong kek berlangsung. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! tadika tersebut dipenuhi gambar TokTi dan keluarga ketika sambutan tersebut diadakan. Difahamkan, lebih 60 orang kanak-kanak menuntut ilmu di tadika berkenaan.

Alhamdullillah. Anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini, yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah. Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Amin.

Terdahulu, pelantun suara ‘Mikraj Cinta’ ini memberitahu kepada umum bahawa sekolah tersebut diuruskan oleh sahabatnya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang menetap di sana.