Video Senator UMNO terlibat kemalangan, kereta sukan mewah miliknya terbabas melanggar pokok

Video Senator UMNO terlibat kemalangan, kereta sukan mewah miliknya terbabas melanggar pokok

Tular di media sosial satu kemalangan melibatkan sebuah kereta sukan (sport) mewah yang disyaki terbabas melanggar pokok di tepi jalan.

Melalui video tersebut, pemandu tersebut kelihatan selamat daripada kemalangan tersebut.

“Adoi, nasib baik tak mati beb… Fu*k man, eksiden… Adoi

Menerusi tinjauan komen pengguna media sosial, pemilik kereta sukan mewah itu dipercayai merupakan seorang Ketua UMNO Bahagian daripada Selangor yang baru dilantik sebagai Ahli Dewan Negara berstatus Senator.

Malah pengguna media sosial turut menyelar sikap pemilik kereta tersebut ketika berdepan dengan kemalangan tersebut.

“Dah nak mati pun boleh lagi sebut fu*k”

Sehingga kini, masih tiada pengesahan yang dikeluarkan mana-mana pihak berkaitan isu kemalangan tersebut.