(Video) Shaheizy Sam menari gelek dengan wanita ketika kempen undi BN

(Video) Shaheizy Sam menari gelek dengan wanita ketika kempen undi BN

Artis terkenal, Shaheizy Sam telah mencuri tumpuan apabila beliau menunjukkan aksi tarian gelek ketika kempen BN di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Dalam status yang dimuatnaik oleh Datin Sri Zizie Izette di Instagram semalam, Shaheizy Sam dilihat telah menari dengan seorang wanita yang memakai seragam Barisan Nasional.

Beliau juga turut berucap dan berkempen di DUN Lamag bagi pihak calon BN, Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang merupakan abang ipar beliau.

Dalam majlis itu juga, Zizie telah menunjukkan bakatnya menyanyi.

Turut kelihatan ialah seorang lagi artis tempatan iaitu Rabecca Nur Al-Islam.

Sebelum itu, Zizie, Shaheizy dan Rebecca telah turun berkempen dari rumah ke rumah di DUN Lamag bagi merayu undi bagi pihak Bung.