[VIDEO] Sikap ‘rider’ FoodPanda bantu lelaki tua menolak motosikal rosak dapat pujian netizen
Kelmarin tular sebuah video yang dikongsi pengguna media sosial mengenai kebaikan seorang ‘rider’ P-Hailing FoodPanda yang membantu seorang warga emas kerosakan motor di tengah jalan.
Keprihatinan ‘rider’ tersebut mengundang pujian dari kalangan netizen yang menonton video tersebut.
Meskipun ‘rider’ P-Hailing ini diketahui sering mengejar masa bagi memastikan pesanan yang diterima sampai mengikut masa yang dijanjikan, namun kesanggupannya membantu warga emas itu sangat disanjung tinggi.
Menurut komen-komen yang terdapat di dalam klip video tersebut, rata-rata mereka memuji sikap bertanggungjawab kebanyakkan ‘rider’ P-Hailing ini dalam menghulurkan bantuan terhadap mereka yang memerlukan meskipun tanpa diminta.
Malah ramai dari kalangan netizen menganggap mereka ini sebagai wira yang tidak didendang. Sehingga kini dianggarkan seramai lebih 100 ribu orang pekerja yang terlibat dalam perkhidmatan P-Hailing di Malaysia.
Sumber – FB