[VIDEO] Suhaizan Kaiat teruskan legasi Rahmah Allahyarham Salahuddin Ayub

[VIDEO] Suhaizan Kaiat teruskan legasi Rahmah Allahyarham Salahuddin Ayub

 

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat akan memanfaatkan pengalamannya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang dijadualkan berlangsung 9 September ini.

Beliau berkata, pengalaman itu sudah pasti akan digunakan sebaiknya bagi mendekati para pengundi di kawasan berkenaan.

“Apa yang lebih penting kita nak kekalkan majoriti yang meyakinkan untuk memberi satu sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajaui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas 2018, saya dipertanggungjawabkan jadi speaker dan di situ saya akui ada ruang yang baik untuk saya kerana dapat lebih mengenali kehendak rakyat dalam setiap kawasan ketika itu dan sudah tentu ia dapat memberi perkhidmatan dengan lebih baik secara dasarnya. Insya-Allah,” katanya.

Kata Suhaizan, antara isu serta fokus utama beliau di Pulai nanti ialah kebajikan rakyat terutama golongan B40, isu kenaikan harga barang dan pendidikan generasi muda.

Beliau juga bersedia memikul tanggungjawab meneruskan khidmat cemerlang Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada penduduk Parlimen Pulai.

Suhaizan yang juga Ketua Amanah Pulai telah diumum sebagai calon PH bagi kerusi Parlimen Pulai.

Sebelum ini, beliau pernah bertanding kerusi Parlimen Parit Sulong pada 2004, Parlimen Simpang Renggam (2013), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup pada 2018 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang (2022).

“Saya faham ini adalah tugas yang berat kerana membawa satu amanah menyambung legasi Datuk Seri Salahuddin.