Video tak senonoh mirip pelakon wanita terkenal bersama suami orang tersebar

Video tak senonoh mirip pelakon wanita terkenal bersama suami orang tersebar

Nama adik kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah masih lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang meskipun dirinya sudah berkahwin.

Siapa dalam video tular?

Baru-baru ini, tular pula satu video yang memaparkan aksi tidak senonoh antara seorang lelaki dan perempuan di dalam sebuah bilik. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah wajah serta gaya rambut pasangan dalam video tersebut mirip Syahnaz dan kekasih gelapnya, Rendy Kjaernett.

Tetapi kebanyakan netizen tidak percaya bahawa aksi intim tersebut dilakukan Syahnaz dan Rendy. Sebaliknya, mereka mendakwa video tersebut hanyalah satu suntingan yang sengaja mahu menjatuhkan imej kedua-dua pelakon terkenal ini. Lebih menguatkan lagi pendapat mereka apabila video tersebut tidak menampakkan wajah sebenar pasangan terbabit kerana telah disensor.

Sementara peguam yang mewakili Rendy menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut bukanlah anak guamnnya seperti yang didakwa orang ramai.