Video ustaz terkenal dakwa bermimpi ada Nabi di Malaysia
Belumpun reda kontroversi kenyataan Ustaz Muhaizad, pengguna media sosial hari ini digemparkan dengan satu lagi klip video seorang penceramah terkenal tanah air.
Klip video berdurasi 1 minit 26 saat itu dikongsikan oleh Ustaz Wadi Anuar, ustaz selebriti yang didakwa sebahagian daripada kenalan rapat kepada Menteri Agama, Senator Ustaz Datuk Idris Ahmad.
Dalam ucapannya yang terkandung di dalam klip video tersebut, dia berkata diberikan keistimewaan dapat bertemu dengan salah seorang daripada 124 00 Nabi ALLAH melalui mimpi.
Malah, lebih mengejutkan apabila Nabi tersebut merupakan seorang Tok Guru di Malaysia dan masih hidup ke hari ini.
.
Kenyataan ustaz ini dianggap bertentangan sekali dengan ayat 40, surah Al-Ahzab yang mengatakan Nabi Muhammad SAW merupakan penutup kepada segala nabi ALLAH.
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ اَبَآ اَحَدٍ مِّنْ رِّجَالِكُمْ وَلٰكِنْ رَّسُوْلَ اللّٰهِ وَخَاتَمَ النَّبِيّٖنَۗ وَكَانَ اللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمًا ࣖ
Terjemahan
Muhammad itu bukanlah bapak dari seseorang di antara kamu, tetapi dia adalah utusan Allah dan penutup para nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu [Al-Ahzab; 40]
Malah, portal akhbar kepunyaan Pas, Harakahdaily juga pernah memuat naik perkongsian berkenaan hadis nabi terakhir oleh penceramah terkenal parti tersebut, Ustaz Azhar Idrus.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mulai hilang keyakinan terhadap kemampuan Menteri Agama dalam menangani kes memperolokkan agama yang dilihat semakin bercambah selepas berlakunya rampasan kuasa yang turut disertai parti menteri tersebut.
Malah ada yang menganggap menteri tersebut enggan bertindak disebabkan risau kehilangan undi dari kalangan pengikut ustaz tersebut dalam pilihanraya umum nanti.