[VIDEO VIRAL] Dua jiran bertengkar kerana helikopter

[VIDEO VIRAL] Dua jiran bertengkar kerana helikopter

Dua lelaki bertengkar di hadapan sebuah rumah di Puchong, di sini, dipercayai berkait langsung dengan helikopter yang diparkir di rumah berkenaan.

Rakaman video berdurasi 38 saat itu tular di media sosial hari ini.

Dalam rakaman itu turut memaparkan sebuah helikopter diparkir di perkarangan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah ketika dihubungi, mengesahkan berlakunya pertengkaran itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya setakat ini.

“Mereka berdua adalah kawan dan apa yang berlaku hanya perselisihan pendapat.

“Mereka juga sudah berdamai dan kita tidak terima apa-apa laporan,” katanya. – HM