View Chin bangga tunjuk tangga hebat, tempat selalu ‘date’ dengan Mira

View Chin bangga tunjuk tangga hebat, tempat selalu ‘date’ dengan Mira

 

Nama pempengaruh media sosial yang juga usahawan, View Chin tidak perlu diperkenalkan lagi apabila kisah kecurangannya dengan seorang pekerja sendiri bernama Amirah Aqilah Firdaus menjadi bualan ramai.

Malah, kisah kecurangannya terutama ‘memeluk’ Amirah atau dikenali Mira di tangga pejabatnya menjadi sorotan ramai selepas bekas isteri View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

View Chin tunjuk tangga hebat, tempat dating dengan Mira

Terbaharu, tular sebuah video dirakam sewaktu sesi siaran langsung View Chin yang dimuat naik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, pengasas syarikat View Fashion itu dilihat bangga bercerita sambil menunjukkan tangga yang menjadi ikonik lokasi ‘date’ bersama pekerja wanita kesayangannya.

“Ini tangga hebat loh, ini selalu saya date dengan Mira punya tempat kat sinilah.

“Kenapa? Sebab tangga ni boleh sampai studio aku, studio untuk kita buat punya tempat,” ujarnya.

@kakicomen

View Chin tunjuk tangga date dengan Mira

♬ bunyi asal – kakikomen – kakikomen

Reverse psychology, tiada rasa bersalah

Rata-rata warganet berpendapat bahawa bapa kepada tiga cahaya mata ini tidak mempunyai rasa serba salah meskipun sudah ‘kantoi’ berlaku curang di belakang isteri pada ketika itu.

Tangga boleh sampai ke Bali

Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengaitkan tangga berkenaan dengan lokasi percutiannya berdua-duaan dengan Mira di Bali seperti mana didedahkan oleh bekas isteri.

Terdahulu, Ah Moi mendakwa pekerja terbabit menjadi punca rumah tangga dibina bersama View Chin berakhir dengan penceraian sekali gus mahu menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, tular penjelasan didakwa daripada Mira yang menyatakan bahawa hubungan cintanya bersama View Chin bermula selepas lelaki tersebut berpisah dengan Ah Moi.