Viral pekerja taska dera budak lagi, kali ini budak tengah nyenyak tidur pengasuh tarik kaki sampai jatuh katil

Viral pekerja taska dera budak lagi, kali ini budak tengah nyenyak tidur pengasuh tarik kaki sampai jatuh katil

Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai daripada sebuah taska memaparkan seorang petugas wanita bertindak kasar ke atas kanak-kanak jagaannya.

Rakaman berdurasi 44 saat itu pada awalnya menunjukkan dua petugas wanita sedang menyusun beberapa buah katil di premis berkenaan.

Salah seorang daripada wanita itu kemudiannya dilihat menarik kaki seorang kanak-kanak yang sedang tidur di atas katil.

Perbuatan wanita berkenaan menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke atas lantai.

Menurut ciapan di Twitter, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Johor Bahru, namun belum ada sebarang maklumat lanjut setakat ini.

Ketika kejadian itu, beberapa kanak-kanak lain juga sedang berada di dalam premis berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar wanita itu yang tergamak bertindak kasar ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa.

“Sumpah aku tak faham, kalau tak suka budak kecil, kenapa kerja taska, tadika atau yang berkait dengan budak kecil?

“Kesiannya budak tu tengah sedap tidur terpinga-pinga dia kat atas lantai.

“Syaitannya perangai makcik ni. Kau dibayar tau untuk jaga budak-budak ni,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.