Vokalis kumpulan XPDC, Mael meninggal dunia

Vokalis kumpulan XPDC, Mael meninggal dunia

 

Vokalis kumpulan XPDC, Mael menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Berita pemergian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim itu disahkan anak perempuan Allahyarham, Sharifah Irfatasha.

“Adalah dengan sedihnya dimaklumkan bapa saya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 55, menghembuskan nafas terakhir di pada hari Khamis. 27 April lebih kurang jam 9.30 malam di Hospital Muar,” katanya menerusi satu kiriman teks di aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, Sharifah Irfatasha tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai punca kematian bapanya itu.

Allahyarham Mael meninggal dunia di Hospital Muar, Johor, jam 9.30 malam ini.

Difahamkan, arwah mengalami semput dan dibawa ke hospital selepas maghrib.

Khabar duka itu turut dikongsikan pengurus kumpulan yang terkenal dengan genre heavy metal itu yang hanya dikenali sebagai Bro Yazid di akaun Facebook peribadinya.

“Innalillahiwainnahirojiun. Al-Fatihah. Penyanyi XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi,” tulisnya.

Rata-rata pengikut meluahkan tasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sambil mendoakan semoga penyanyi yang terkenal dengan lagu Semangat Yang Hilang itu tenang di alam baqa.