Wajib Sebar!!! Razman bakal ke penjara, langgar SOP kali ke-3
Tular 2 keping gambar di media sosial melibatkan Exco Pertanian Perak, Razman Zakaria. Gambar dipercayai diambil ketika mengiringi lawatan kerja Timbalan Menteri Pertanian dam Asas Tani, Che Abdullah Nawi di Jelapang Padi Seberang Perak.
Menurut perkongsian tersebut, Razman telah didapati dengan sengaja ingkar memakai pelitup muka ketika bersama-sama petani Seberang Perak, selepaa program tersebut.
Mengikut rekod, ini merupakan kes pelanggaran SOP ke-3 dilakukan Razman dalam tempoh perlaksanaan PKP di mana dia pernah didenda RM1000 atas kesalahan pertamanya hadir ke jamuan makan kenduri ikan tenggalan di Maahad Tahfiz Lenggong miliknya bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi.
Kesalahan keduanya pula dirakam ketika melakukan sidang media awal Jun lepas berkaitan isu melibatkan kes penyelewengan wang sumbangan pembelian Kompleks Pas Perak.
Walaubagaimanapun, pelanggaran melibatkan kes kedua belum lagi disiasat oleh pihak berkuasa. Rata-rata warganet mengharapkan keseriusan pihak berkuasa untuk tidak menutup siasatan tersebut kerana sekiranya terbukti bersalah, Razman tidak boleh lagi didenda dan akan ke penjara.
Sumber – FB Akob