Wajib try! Dessert viral, sedap dan paling mudah nak buat!

Wajib try! Dessert viral, sedap dan paling mudah nak buat!

 

Kalau sebut tentang dessert ataupun pencuci mulut, mesti ramai terbayang sampai cakap “alahai lecehnya nak buat”.

Padahal sebenarnya ada je pelbagai jenis dessert viral yang sedap.

Paling penting sekelip mata dah boleh siap, semudah ABC. Ada 4 jenis dessert viral yang memang wajib cuba.

Dah tak payah kita buang masa, jom intai dessertyang confirm meleleh air liur.

1. Jeli Tembikai Viral 

Bagi peminat buah-buahan, jeli tembikai viral ini semestinya menjadi hidangan kegemaran.

Penyediaannya amat mudah. Hanya campurkan tembikai dengan beberapa jenis buah yang anda suka.

Kemudian campur sekali dalam bancuhan serbuk agar-agar, gula dan air.

Mudahkan? Bayangkan seharian lepas penat berpanas, ngap saja jeli tembikai dalam mulut terus sejuk tekak kita.

2. Air Cocktail Semudah ABC

Air cocktail pula merupakan campuran beberapa bahan bersama susu sejat.

Bukan saja menggunakan jeli yang siap dijual dan susu cair, boleh juga tambahkan buah-buahan tin, nata dan ais.

Dek kerana bahan-bahan itu sendiri dah manis, tak perlu tambahkan gula. Dekat situ saja dah jimat banyak masa.

Bak kata mak-mak kitalah, campak-campak je terus siap.

3. Kek Batik

Dessert seterusnya ini sememangnya sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Sambil duduk bersantai depan televisyen, bayangkan kita menikmati kek batik dengan penuh bahagia.

Biskut rangup yang bersalut coklat pahit-pahit manis cair di mulut.

Hanya menggunakan mentega cair, serbuk coklat, susu pekat manis dan biskut, kek simple anda siap sekelip mata.