Wak Doyok mahu anak dara sebagai calon isteri, sanggup tinggal bersama ibunya

Wak Doyok mahu anak dara sebagai calon isteri, sanggup tinggal bersama ibunya

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang wanita sekiranya berpotensi untuk dijadikan sebagai isterinya.

Menurut laporan mStar Online, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, calon isterinya perlulah anak dara atau lebih muda dari usianya seperti 25 tahun dan ke atas.

 

“Saya masih mengenali hati budi seseorang walaupun saya dan dia agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dia orang biasa sahaja.
“Kita nak kenal seseorang itu bukan hanya satu hari, lagi-lagi kahwin ni bukan malam tu atau esok sahaja, seronok biar sampai akhir hayat.
“Sampai dia boleh jaga kita dan bukan berkahwin sebab harta,” kata ikon fesyen berusia 48 tahun itu.

Sementara itu, Wak turut mendedahkan punca dia berpisah dengan bekas kekasihnya sebelum ini oleh kerana wanita tersebut tidak mahu tinggal sebumbung dengan ibunya.

 

 

“Saya jaga mak saya kalau saya tinggalkan dia seorang macam mana? Umur dia 80 lebih. Saya dah pujuk banyak kali, tapi dia dah tak nak.. nak buat macam mana kan. Dia pun ada hak dia, nak privasi,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu bersikap positif menganggap belum mempunyai rezeki dalam soal jodoh kerana perlu menjaga ibunya terlebih dahulu.

“Saya ni diberi rezeki untuk menjaga mak saya. Untuk kasih hidup (berrumah tangga), Allah belum beri lagi.
“Tapi saya masih berdoa untuk dapatkan orang terbaik. Jumpa tak jumpa, Allah yang merancang. Keredaan mak tu paling penting,” kongsinya.