Wakaf Al-Quran ke tahfiz, taktik terkini ‘scammer’ buat duit

Wakaf Al-Quran ke tahfiz, taktik terkini ‘scammer’ buat duit

1. Saya pernah sebutkan beberapa bulan yang lepas tentang hal ini.

2. Pelajar tahfiz hakikatnya hanya perlukan (1) sebuah AlQuran sahaja sepanjang usia tahfiznya. Itulah yang mereka gunakan selagi tidak rosak. Bahkan kekal satu mushaf itulah kaedah terbaik untuk kekuatan ingatannya.

3. Jadi memang tiada tuntutan untuk berwakaf mushaf melainkan dipastikan memang benar2 perlu.

4. Bahkan TIADA KEPERLUAN untuk wakaf mushaf di masjid2 yang kebanyakkannya mempunyai ratusan mushaf yang tersimpan elok tanpa disentuh dibaca.

5. Saya beberapa kali memerhati di masjidil haram dan masjid nabawi juga sama halnya. Rak AlQuran(berwarna kuning emas), hanya sekitar 1/3 mushaf sahaja yang diambil baca. Yang lain masih tersimpan kemas ditempatnya. (Ada yang sebarkan wakaf Quran di Mekah Madinah)

6. Saya tidak nafikan bahawa wakaf mushaf mendapat pahala, namun harus dipastikan ia memang akan DIGUNAKAN dan ia termasuk amal jariah.

7. Jadi harus berhati2 tentang wakaf alQuran. Semoga ia tidak digunakan oleh pihak yang berkepentingan.

Sumber – FB Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim