Wakil rakyat, pesakit kanser pertama meninggal dunia kerana Covid-19

Wakil rakyat, pesakit kanser pertama meninggal dunia kerana Covid-19

Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Ron Wright maut selepas disahkan positif Covid-19 bulan lalu, sekali gus menjadikan beliau sebagai anggota pertama dalam Kongres yang mati akibat pandemik berkenaan.

Wright berusia 67 tahun dari Parti Republik mewakili Texas, juga dilaporkan menderita penyakit kanser.

Beliau dipilih dalam Kongres pada 2018 dan meyandang jawatan dalam portfolio Hal Ehwal Luar Negara, Pendidikan dan Jawatankuasa Kerja.

Berpuluh-puluh penggubal undang-undang dari Senat AS dan Dewan Perwakilan dijangkiti Covid-19 sejak tahun lalu.

Wright satu-satunya ahli Kongres yang tewas disebabkan Covid-19.

Tahun lalu, anggota Parti Republik dari Louisiana yang memenangi Pilihan Raya Kongres pada November, Luke Letlow, 41, mati akibat wabak itu sebelum beliau sempat mengangkat sumpah.

“Wright akan sentiasa dikenang sebagai seorang negarawan. Walaupun menderita akibat virus itu serta menjalani rawatan kanser, dia sentiasa bersemangat ke tempat kerja, memberikan suntikan motivasi kepada orang sekeliling dan menawarkan nasihat sebagai seorang ayah,” kata kenyataan pejabatnya. – HM