Walaupun baru 14 bulan, Tun M dah cabar Anwar adakan pilihan raya umum semula hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
Dr Mahathir berkata, PRU itu adalah bagi membuktikan Anwar mempunyai sokongan kuat rakyat.
Dr Mahathir membuat cabaran itu ketika pimpinan Anwar kini didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menyiasat pihak yang dilihat berupaya menggugat kepimpinannya.
“Saya menang lima pilihan raya dengan majoriti dua pertiga. Rakyat ada peluang menukar saya tetapi ia tidak berlaku.
“Kalau saya menyalahgunakan kedudukan, saya akan buat satu pilihan raya jadi saya cabar Anwar adakan satu pilihan raya hari ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, Anwar dilihat terpaksa menggerakkan siasatan terhadap individu tertentu kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri adalah dilantik secara kebetulan dan bukan dipilih secara majoriti oleh rakyat.
Beliau berkata, malah sepanjang pentadbirannya, Anwar dilihat tidak berjaya menangani isu ekonomi, politik dan masalah sosial.
Malah Dr Mahathir berkata, Anwar juga dilihat takut dengan bayang-bayang sendiri, khususnya melalui ura-ura wujudnya Langkah Dubai.
“Anwar tunjuk kononnya Langkah Dubai nak jatuhkan dia, …sepatutnya dia jatuhlah, …orang sedang dalam kesusahan beliau tidak pandai atasi cari orang lain, lawan dengan rasuah namun dia lepaskan orang yang rasuah,” katanya.