Walaupun faraid belum selesai, peguam nasihat Ali rumah arwah Abam tetap milik balu & anak

Walaupun faraid belum selesai, peguam nasihat Ali rumah arwah Abam tetap milik balu & anak

 

Kemelut yang berpunca daripada isu pembahagian harta bagai tiada penghujung antara pelawak, Ali Puteh dengan Nor Hidayah.

Dalam siaran ‘Melodi’ siang tadi, jelasnya sesiapa pun boleh datang ke rumah abangnya memandangkan ia masih dalam urusan faraid.

Bagaimanapun, dia agak terkilan apabila pihak belah sana memuat naik video yang berikan persepsi buruk terhadap seisi keluarganya.

Anak yang belum cukup umur untuk uruskan harta…biasanya ibu dilantik Pemegang Amanah

Peguam syariah, Tuan Muhammad Syarafi jelaskan hikmah pembahagian faraid diberikan kepada zuriat lelaki adalah untuk menyara waris wanita di bawah tanggungannya.

Dan jika belum cukup umur lagi, biasanya si ibu akan dilantik sebagai Pemegang Amanah untuk urus jaga harta yang ditinggalkan.

Walaupun faraid belum selesai…Ali kena bagi laluan kepada balu & anaknya tinggal di rumah tu

Selain itu, beliau turut nasihatkan Ali Puteh bahawa balu serta anak Abam perlu diberi tinggal di rumah tersebut meskipun urusan faraid belum selesai.

Ini kerana, kedua-duanya adalah waris sah yang berhak mendapat paling banyak bahagian harta Allahyarham.

Tuan Muhammad Syarafi turut jelaskan, bahagian ibunya tetap masih ada namun tidak banyak (hanya 1/6 daripada harta).

Faham Ali nak uruskan harta bahagian mak…cuma ada baiknya harmonikan silaturahim yang keruh

Di hujung coretannya, peguam syarie ini akui faham tujuan Ali mahu uruskan harta tersebut memandangkan ibunya juga sudah lama tiada.

Namun dalam situasi kemelut terkini, beliau menasihati pelawak itu agar usahakan jalan perdamaian dengan pihak kakak iparnya sementara urusan faraid belum selesai lagi.

@hidayah_hamzah

Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni 👏 sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama