Walaupun kena tumbuk & disepak bertubi-tubi, mangsa buli tetap tak tumbang buat netizen respek

Isu pembulian di kalangan para pelajar nampaknya seperti tiada pengakhirannya.
Satu video buli terbaharu dikongsi oleh akaun Twitter @MALAYSIAVIRALLL mengundang rasa marah netizen.
Pada awal video berkenaan pembuli itu memetik jari beberapa kali, meminta rakannya yang lain untuk merakam aksi bulinya itu.
⚠️TW : BULI@PDRMsia pic.twitter.com/BkVl57m0E8
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) May 19, 2023
Pembuli itu melepaskan tumbukan dan sepakan bertubi-tubi tanpa henti kepada mangsa buli yang mempunyai tubuh badan jauh lebih besar daripadanya.
Ada beberapa rakan lain berada dalam tandas itu, tetapi mereka berdiri saja melihat sahaja pembulian itu berlaku.
Aku respect gila budak mask hitam tu.tak tumbang sikit pun.yang acah petik jari tu,haih,insaf je lah dik.aku tengok kau tendang pun,alahai.Berubah lah sebelum terlambat. https://t.co/tSMJugSlUo
— Muzzammil (@Muzzammil___) May 20, 2023
@PDRMsia @KemPelajaran @FadhlinaSiddiq take action please. https://t.co/Vgxooc0piU
— NaMasAyaNorHaZiRa (@Cikhazira) May 20, 2023
“Kau rakam, kau rakam.” Bodoh je la pengaruh filem banyak la ko ni https://t.co/bJMuSf7Z1T
— 𝓙𝓾𝓵𝔂 (@itsmijoo) May 20, 2023
Dah viral mcm kau hajatkan
Kalau kena masuk Henry Gurney baru kau jumpa la the real Kahar
Nak sangat kan..
Mcm tu je kau sia sia kan masa depan kau harapan mak bapak kau
Dulu kecik2 tak nak mampos https://t.co/hZK8BmhBmo— ZackXVince (@vince_zack) May 20, 2023
Pada ciapan itu, orang ramai tag PDRM supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pembuli dan rakan-rakannya yang turut bersubahat.
Tambah netizen lagi, jika mangsa buli melawan semula, pasti pembuli itu kalah kerana saiznya lebih kecil.